HRH Crown Prince of Celcom
Dapat khabar bahawasanya terdapat sebuah blog mengenai “pembetulan” fakta fakta yang dinukilkan di Selamatkan Celcom. Blog tersebut dinamakan HRH Crown Prince of Celcom. Pautan blog tersebut boleh didapati disini, tetapi malangnya telah pun dimatikan. Untuk sementara waktu atau selama lamanya, siapa tahu. Takziah, arwah baik orangnya.
Untuk makluman semua, kami tidak berasa tergugat kerana tiada pendapat yang salah, dan tiada juga pendapat yang tidak boleh dibawa berbincang, kecuali hal agama dan hal pasukan EPL mana yang patut disokong, yakni Liverpool (Salam 6 jari)
Kami ambil maklum atas fakta fakta yang telah diangkat di blog tersebut. Dan rasanya lebih kepada tafsiran fakta yang panjang lebar, dan memutar fakta untuk lebih sesuai dengan naratif yang ingin dipanjangkan.
Mohon izin untuk kami menyuluh lima fakta mengenai blog tersebut:
- HRH Crown Prince of Celcom ini bukanlah warga Celcom. Baca sekali pun dah tau.
- Fakta fakta yang dinaikkan, tidak pulak menyentuh mengenai keuntungan Celcom atau bagaimana pengurusan tertinggi telah merosakkan celcom secara sistemik, sebaliknya sembang mengenai pendapatan serta graf graf cantik. Spin.
- Difahamkan juga, tetapi tiada bukti kukuh, bahawa cybertroopers ini adalah askar upahan YBhg Tan Sri Jamal dan Bos Idham. Mungkinkah ini kemunculan Red Bean Army yang baru? Atau mungkinkah sebuah video Hebatkan Malaysia baru akan diterbitkan juga?
- Askar upahan ini mesti dibayar berpuluh-puluh ribu sebulan, untuk cuba menularkan propaganda penggabungan Axiata dan Telenor.
- HRH Crown Prince of Celcom bukanlah warga Celcom.
Bagaimanakah kita dapat mempercayai fakta fakta yang dinaikkan, dengan carta, terma terma canggih, jikalau fakta ini akan diputarkan oleh perilaku yang tidak jujur ini? Mungkin seperti biasa, hal hal yang tidak manis atau susah dimaklumkan seperti kerugian RM 5 billion, untung tahun demi tahun, bagaimana prestasi Celcom Q1 2019, kenapa tiada bonus tahun walaupun telah menakik darah mati dari alu, atau risiko kehilangan pekerjaan – untuk menggunakan tatanama Axiata agar senang difahami oleh Tuanku kita – will be normalised dan juga underlying fundamentals kita sangat kukuh. Syukur.
Ampun tuanku, DYAM Tuanku Mahkota Celcom. Untuk makluman Tuanku, tiada yang memperkecilkan perjuangan sebelum ini, tiada yang menang tanpa bersorak.
Kami telah melalui keperitan, kesusahan, kebimbangan untuk mendapatkan usaha yang carta dan graf Tuanku tunjukkan. Hanya tuhan sahaja yang memahami bagaimana peritnya untuk mencapai sasaran organisasi. Tiada unsur peribadi, tetapi jikalau bukan warga Celcom, apakah yang dapat Tunku fahami mengenai keperitan dan perjuangan kami? Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita.
Bagaimanakah kami boleh menerima yang Digi akan menelan Celcom apabila penggabungan ini dilangsaikan? Atau yang kami akan kehilangan pekerjaan. Apakah sebuah askar upahan cuba memahami yang kami lalui?
Jikalau tuanku tidak keberatan dan tidak akan lari lagi dari berbincang, Patik menunggu komen Tuanku untuk menafikan fakta diatas dan cuba untuk menegakkan benang yang basah. Patik harap Tuanku tidak berhati tisu, dan juga tidak melaporkan hal ini kepada Mama.
Ampun Tuanku.
Nota kaki: Kami ingin menyatakan sekali lagi bahawa kami tidak akan membuka laman blog lain mahupun kumpulan facebook. Kami juga mengalu alukan perbahasan dan berharap HRH tidak lari lagi dari dunia siber ini. Tidak dapat approval ke Tuanku?
Yang penting, dan harus diingati, periuk nasi kita sudah diancam, jauhlah dari kami hendak mendedahkan pembaca yang dapat menmanfaatkan maklumat dari blog ini.
You must be logged in to post a comment.